09 May 2010

PENTING & MUDAH

Subang Jaya,9 Mei: Sekolah Menengah Integrasi Masjid Darul Ehsan telah mengadakan Seminar Bahasa Arab: Penting & Mudah pada 8 Mei 2010 bertempat di Dewan Sekolah. Seminar yang berlansung dari jam 8.30-1.00tengahari itu telah dihadiri hampir 100 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah dan juga orang awam. Seminar ini bertujuan untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Arab melalui pengetahuan tentang kepentingan mempelajarinya dan belajar melalui cara yang mudah dan menarik. Seminar ini telah dikendalikan oleh Pensyarah Bahasa Arab Institut Perguruan Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan. Semoga seminar ini dapat memberi impak yang positif kepada semua pelajar.

Meja Pendaftaran...
Dr Abd Razak bin Abu Chik

Sebahagian daripada wajah2 peserta...
Guru2 juga tidak melepaskan peluang...
Peserta paling muda...=)
Khusyu' dan Tawadhu'
Kuasai Bahasa Arab!!!
Suasana di dalam dewan
BELAJARLAH BAHASA ARAB DAN AJARKANNYA KEPADA SEKALIAN MANUSIA
SO...ARABIC FOR ALL


11 April 2010

KEM KEMBARA KHALIFAH 1 2010

2-4 APRIL 2010
IMPIAN COUNTRY RESORT, HULU LANGAT
SEKOLAH MENENGAH INTEGRASI MASJID DARUL EHSAN
SUBANG JAYA, SELANGOR
50 ORANG PESERTA
7 ORANG GURU

kata-kata hikmah daripada Pak Wan...

muka excited ke muka ape ni???

tazkirah maghrib oleh Ustazah Masni...

khusyu' dan tawadhu' mendengar tazkirah

ceramah motivasi oleh Abg Faisal Fitrah Perkasa

ha, usap pipi kawan tu!!!

wajah2 ceria sebab tak sabo nak balik...

Sekian sahaja...semoga Allah memberkati usaha kecil ini dan terus istiqamah di jalan-Nya...

22 March 2010

SEMPURNAKAN AGAMAMU

"Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi."

Hadis riwayat al-Baihaqi r.a daripada Rasulullah SAW.

Walimatul Urus Abang (Along)
Mohd Izhan & Nur Ain

Walimatul Urus Teman Serumah
Solehuddin(Bob) & Sabrina

17 March 2010

Kem Kepimpinan Pelajar 2010

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT kami murabbbi SMIMDE telah berjaya melaksanakan satu Kem Kepimpinan Pelajar bagi tahun 2010. Kem yang terdiri daripada pimpinan pelajar ini telah diadakan pada 5-7 Februari 2010 bertempat di Impiana Country Resort, Hulu Langat.(cantik & selesa). Walaupun kami dihimpit oleh bebanan kerja yang banyak, tenaga kerja yang terhad, pengalaman yang tak seberapa, namun Allah tidak akan memberikan tugasan melainkan apa yang mampu dilaksanakan oleh hambaNya. Pengalaman bertamrin, berorganisasi di kampus sangat membantu. Sedikit sebanyak ada modul yang boleh diterapkan untuk remaja-remaja seusia mereka ini. Makan bertalam, suapan pertama, ketepatan masa, gerak kerja berkumpulan, patuh kepada kepimpinan adalah antara elemen-elemen yang diterapkan. Mudah-mudahan ada terpalit kesan yang baik kepada mereka. Di sini diuploadkan beberapa gambar yang sempat di'snap' semasa program. Maaf akhi Aqil sebab lama sangat tak update blog. Wallahua'lam...








10 January 2010

Penggunaan Kalimah Allah



Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katholik-Herald. Namun, kita boleh menarik nafas lega apabila mahkamah mengeluarkan perintah penangguhan keputusan tersebut.

Apabila timbul isu ini, ramai pihak yang memberikan ulasan, pandangan dan pendirian. Di sini, saya sekadar ingin berkongsi pandangan hasil daripada forum yang dihadiri baru-baru ini. Maklumat tentang forum akan saya nyatakan kemudian.

Pertama sekali hal ini wajar dinilai dari perspektif Islam. Apakah ada hujah-hujah yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah? Jawapannya boleh kita perolehi daripada tulisan alim ulama' silam dan kontemporari pada hari ini. Sama ada ada atau tiada, hukum ini tidak terhenti di sini sahaja. Dalam perundangan Islam, uruf atau adat setempat perlu diambil kira dalam penetapan sebahagian hukum Islam. Dalam hal ini, saya bersetuju dengan pandangan Ustaz Zaharuddin di dalam web beliau.

Kedua, boleh dilihat dari aspek perundangan. Sememangnya sudah sekian lama wujudnya enakmen pengawalan agama yang secara ringkasnya boleh menghalang daripada berlakunya hal-hal sebegini. Namun begitu, kelemahan yang berlaku adalah dari aspek penguatkuasaan enakmen tersebut. Inilah satu kelompangan yang harus ditampal.

Ketiga, isu ini juga mungkin boleh dilihat dari aspek politik. Maksudnya mungkin ada percaturan pihak tertentu untuk meraih kepentingan dan keuntungan pihak mereka. Tak perlu dihuraikan dengan panjang.

Keempat dan yang terakhir, hikmah disebalik isu ini ialah umat Islam perlu bangun dari tidur mereka. Hal-hal sebegini berlaku disebabkan umat Islam terlena dalam tidur mereka sehingga tidak sedar akan strategi musuh untuk menyerang mereka.

Wallahua'lam. Ini hanya sekadar lontaran idea. Tidak terlepas daripada salah dan silap. Mohon diperbetulkan.

Forum Bicara Intelektual
"Penggunaan Kalimah Allah Dari Perspektif Islam"
anjuran Usrah Kebajikan Profesional (UKP)
dengan kerjasama Masjid Uia PJ & Persatuan Ulama' Malayasia.
9 Januari 2009M / 23 Muharram 1431 H
Dewan Serbaguna Masjid Uia PJ

Ahli Panel
Prof. Dr. Abdul Aziz b Bari (UIAM)
En Musa b Awang (PGSM)
Prof. Madya Dr. Mohamed Azam b Mohamed Adil (UiTM)
Moderator: Sdra Hafiz Habil


Dari kiri: En Musa, Dr Abdul Aziz, Dr Azam dan Sdra Hafiz Habil