15 May 2009

Demokrasi & Kebebasan Berhimpun

Terasa lama juga blog ini tidak dikemaskini. Penulis masih lagi dalam proses menyiapkan kertas projek yang masih belum selesai. Baru-baru ini sempat juga penulis menghadiri sesi temu duga di Jabatan Pelajar Negeri Perak. Apabila terjun ke alam baru ini, barulah penulis sedar betapa tingginya kadar pengangguran di kalangan rakyat Malaysia pada hari ini.

Sambil-sambil mencari maklumat berkaitan kebebasan berhimpun dalam amalan demokrasi, penulis tertarik dengan satu klip video animasi tentang kebebasan berhimpun ini. Negara Malaysia juga mengiktiraf kebebasan ini seperti mana yang terkandung di dalam Perkara 10 (1) (b) di mana semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata.

Persoalannya, adakah kebebasan ini benar-benar dinikmati oleh rakyat pada hari ini?

No comments: