20 May 2010

HIJRAH

Sepotong hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "...Barang siapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya...". Walaupun hadith ini merujuk kepada peristiwa hijrah rasul dan umat Islam pada ketika, namun secara amnya ianya menyeru kepada umat Islam agar memperbetulkan niat mereka dalam melaksanakan apa sahaja gerak kerja dalam kehidupan seharian.

Alhamdulillah, pengalaman selama 10 bulan memikul tanggungjawab sebagai seorang guru memberi banyak pengalaman dan pengajaran. Dalam kehidupan manusia itu, pasti ada manis dan pahitnya. Itulah yang menjadikan kehidupan yang dicipta oleh Allah s.w.t ini adalah sesuatu yang unik. Segala yang manis itu dijadikan sebagai kenangan dan motivasi untuk lebih maju ke hadapan. Adapun pengalaman pahit itu dijadikan pengajaran dan sandaran untuk memperbaiki kelemahan yang ada dalam diri. Tidak ada yang sempurna di dunia ini melainkan Dia.

Daripada seorang guru berhijrah kepada menjadi seorang hamba. Hamba kepada tuannya yakni Allah s.w.t. Hampir 4 hari bekerja sebagai Eksekutif Pentadbiran di salah sebuah masjid di Kelana Jaya. Tiada siapa yang paling layak memakmurkan Rumah Allah melainkan umat Islam itu sendiri. Mudah-mudahan tergolong dalam salah satu daripada 7 golongan yang akan berada di bawah naungan Allah s.w.t di akhirat kelak. Moga Allah s.w.t mengampunkan dosa kita di saat dunia yang semakin hampir kepada penghujungnya..Wallahua'lam...

No comments: