05 July 2009

Kepimpinan Adalah Amanah

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)." (Surah Al-Anfal : 27)


Kepimpinan merupakan satu amanah yang besar bagi mereka yang memikulnya. Setiap apa yang kita pimpin pasti akan dipertanggungjawabkan pada hari akhirat kelak. Sekurang-kurangnya kita akan dipersoalkan tentang bagaimana kita memimpin diri sendiri. Bagi seorang bapa, amanah adalah untuk memimpin keluarga ke arah jalan yang diredhai Allah swt. Betapa pula besarnya amanah bagi seorang Perdana Menteri untuk memimpin negara dan rakyat ke arah perlaksanaan dan penghayatan Islam secara syumul.



Justeru itu kita mestilah jelas bahawa kepimpinan itu bukanlah sesuatu yang boleh dibangga-banggakan, bukan untuk menjadi terkenal apatah lagi menjadi kesempatan untuk mendapatkan habuan dunia (duit, pangkat, penghormatan dll) yang hanya sementara. Bahkan ianya (kepimpinan) hanya akan memberi kecelakaan kepada kita jika sekiranya kita lalai daripada melaksanakan kewajipan-kewajipannya...

No comments: