16 July 2009

Kampus & Kerja

Kampus dan kerja. Dua keadaan yang terlalu berbeza.

Alam kampus penuh dengan kenangaan manis dan pahit. Ternyata benar kata-kata pujangga, mahasiswa penuh dengan idealisme. Memang benar. Idealisme itulah yang akan diterjemahkan di luar sana dengan kebijaksanaan kita untuk menyesuaikannya dengan realiti semasa. Menuntut ilmu dan bergerak kerja sesama rakan sefikrah sememangnya indah. Walaupun terkadang khilaf itu pasti ada. Namun, itulah yang akan memaniskan lagi ukhuwwah yang dibina. Berprogram, berpersatuan, bermasyarakat....Semua ini sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran yang bakal tiba di luar sana.

Pengalaman bekerja sebagai pendidik hampir 4 minggu di sini memang memenatkan. Mungkin masih cuba untuk membiasakan diri dengan keadaam persekitaran. Hampir sebulan di sini banyak pengalamana yang ditimba. Di luar sana, kita akan berhadapan dengan berbagai macam jenis manusia dengan watak-watak yang berbeza. Nama Islam itu sahaja tidak cukup untuk membuktikan seseorang itu memahami dengan sebenarnya peranan mereka sebagai khalifah di muka bumi ini.



Peranan seorang guru atau muallim sebenarnya adalah sangat luas. Walaupun bukan dari jurusan pendidikan, tetapi peranan itu dapat dirasakan apabila kita terjun ke dalam kancah ini. Guru bukan sekadar menyampai dan memahamkan ilmu yang ada di dalam buku, malah lebih penting daripada itu ialah untuk membentuk pemikiran pelajar, meniupkan ruh ilmu tersebut supaya ilmu itu menjadi suluhan mereka ketika melalui lorong-lorong gelap dunia ini.


"Ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya itu tidak datang kepada hati-hati yang gelap"

No comments: