09 November 2009

:: Quranic Generation ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah, pejam celik, pejam celik, hampir 5 bulan mengajar di sekolah ini (Sek Men Integrasi Masjid Darul Ehsan SB). Banyak juga pengalaman yang dikutip. Terutamanya dalam bidang perguruan. Tak terfikir pun untuk terjun dalam bidang ini. Namun itulah rezeki setakat ini. Bila terkenangkan sahabat2 yang sedang berjuang di medan, rasa berkobar-kobar ingin pulang ke laman sendiri. Mudah-mudahan Allah memudahkan urusan hambaNya. Mohon sahabat2 doakan.



Alhamdulillah, baru2 ini berkesempatan untuk mengiring pelajar ke lawatan sekitar Kuala Lumpur. Walaupun hampir 3 tahun bertandang di sini, namun banyak juga tempat yang belum disinggah. Anak murid lebih 'advance' dari gurunya. Terasa seolah-olah murid yang mengiring guru. Mungkin mereka sudah biasa dengan tempat2 sebegini. Namun, merekalah generasi2 yang perlu dijaga, ditarbiyah dan dibimbing sementara masih lagi rebung yang senang dibentuk. Mudah-mudahan Allah memberi kesempatan untuk mencurahkan sedikit ilmu dan kelebihan yang ada.

1st skali ke Muzium Negara

Oghang peghak pon ade yob!

Bile pulak teman nak naik atas tu!

Then, ke Planetarium
Kome naik le bende ni. Ustaz segan =)

Angkasawan masa hadapan...

Rumah ust dekat hotel tu!

Lastly, ke Zoo Negara...
Menong ape tu yob?

Perlumbaan Kedua...

"Tebu pun tebulah" bisik sang gajah sambil membaca doa makan...

1 comment:

Putra Al-Maliki said...

seronok anak2 murid nie dapat gi jalan2 yer.. hehe.. =)

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.