01 December 2009

JAGALAH ALLAH


Daripada Ibnu Abbas r.a telah berkata, “Aku berada di belakang Rasulullah saw. Lalu baginda bersabda, "Wahai anak, jagalah Allah nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia ada di hadapanmu. Jika engkau memohon, mohonlah kepada Allah; dan jika engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Dan ketahuilah bahawa jika seluruh umat berhimpun untuk memberikan manfaat kepadamu, nescaya mereka tidak dapat melakukannya selain apa yang sudah Allah tetapkan untukmu. Dan seandainya seluruh umat berhimpun untuk menecelakakanmu, nescaya mereka tidak dapat melakukannya kecuali kecelakaan yang memang sudah Allah tetapkan untukmu. Telah diangkat pena dan telah kering lembaran-lembaran.” (diriwayatkan oleh At-Tirmidzi) Hadith Hasan Sahih


Memelihara lembu, kita perlu memberi makan dan minum secukupnya. Menjaga harta, kita perlu menyimpannya dengan baik supaya tidak dicuri orang. Menjaga keluarga, kita perlu memberikan nafkah yang secukupnya. Namun, bagaimana pula untuk menjaga Allah? Adakah perlu kita lakukan sepertimana yang dinyatakan di atas? Ya! Memang wajib kita menjaga Allah. Akan tetapi menjaga Allah adalah dalam erti kata menjaga segala apa yang diperintahkan dan dilarang olehNya. Kita jaga perintah solat, maka Allah akan menjaga kita dengan menghindarkan kita daripada terjebak dengan perbuatan keji dan mungkar. Namun, mengapa masih ramai umat Islam pada hari ini melakukan maksiat dalam keadaan mereka masih mendirikan solat dan masjid-masjid penuh pada hari Jumaat. Jawapannya adalah kerana kita tidak melaksanakan solat tersebut dengan sebaik mungkin. Malah, seawal daripada mengambil wudhu' sehingga kepada rukunnya dan apatah lagi penghayatan di dalam solat tersebut. Ini baru solat. Belum lagi soal hukum Islam dan lainnya. Adakah kita memeliharanya? Fikir-fikirkanlah. Tazkirah buat penulis dan semua pembaca...

No comments: