10 January 2010

Penggunaan Kalimah Allah



Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katholik-Herald. Namun, kita boleh menarik nafas lega apabila mahkamah mengeluarkan perintah penangguhan keputusan tersebut.

Apabila timbul isu ini, ramai pihak yang memberikan ulasan, pandangan dan pendirian. Di sini, saya sekadar ingin berkongsi pandangan hasil daripada forum yang dihadiri baru-baru ini. Maklumat tentang forum akan saya nyatakan kemudian.

Pertama sekali hal ini wajar dinilai dari perspektif Islam. Apakah ada hujah-hujah yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah? Jawapannya boleh kita perolehi daripada tulisan alim ulama' silam dan kontemporari pada hari ini. Sama ada ada atau tiada, hukum ini tidak terhenti di sini sahaja. Dalam perundangan Islam, uruf atau adat setempat perlu diambil kira dalam penetapan sebahagian hukum Islam. Dalam hal ini, saya bersetuju dengan pandangan Ustaz Zaharuddin di dalam web beliau.

Kedua, boleh dilihat dari aspek perundangan. Sememangnya sudah sekian lama wujudnya enakmen pengawalan agama yang secara ringkasnya boleh menghalang daripada berlakunya hal-hal sebegini. Namun begitu, kelemahan yang berlaku adalah dari aspek penguatkuasaan enakmen tersebut. Inilah satu kelompangan yang harus ditampal.

Ketiga, isu ini juga mungkin boleh dilihat dari aspek politik. Maksudnya mungkin ada percaturan pihak tertentu untuk meraih kepentingan dan keuntungan pihak mereka. Tak perlu dihuraikan dengan panjang.

Keempat dan yang terakhir, hikmah disebalik isu ini ialah umat Islam perlu bangun dari tidur mereka. Hal-hal sebegini berlaku disebabkan umat Islam terlena dalam tidur mereka sehingga tidak sedar akan strategi musuh untuk menyerang mereka.

Wallahua'lam. Ini hanya sekadar lontaran idea. Tidak terlepas daripada salah dan silap. Mohon diperbetulkan.

Forum Bicara Intelektual
"Penggunaan Kalimah Allah Dari Perspektif Islam"
anjuran Usrah Kebajikan Profesional (UKP)
dengan kerjasama Masjid Uia PJ & Persatuan Ulama' Malayasia.
9 Januari 2009M / 23 Muharram 1431 H
Dewan Serbaguna Masjid Uia PJ

Ahli Panel
Prof. Dr. Abdul Aziz b Bari (UIAM)
En Musa b Awang (PGSM)
Prof. Madya Dr. Mohamed Azam b Mohamed Adil (UiTM)
Moderator: Sdra Hafiz Habil


Dari kiri: En Musa, Dr Abdul Aziz, Dr Azam dan Sdra Hafiz Habil


1 comment:

mohad said...

banyak info dalam blog ni...