17 March 2010

Kem Kepimpinan Pelajar 2010

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT kami murabbbi SMIMDE telah berjaya melaksanakan satu Kem Kepimpinan Pelajar bagi tahun 2010. Kem yang terdiri daripada pimpinan pelajar ini telah diadakan pada 5-7 Februari 2010 bertempat di Impiana Country Resort, Hulu Langat.(cantik & selesa). Walaupun kami dihimpit oleh bebanan kerja yang banyak, tenaga kerja yang terhad, pengalaman yang tak seberapa, namun Allah tidak akan memberikan tugasan melainkan apa yang mampu dilaksanakan oleh hambaNya. Pengalaman bertamrin, berorganisasi di kampus sangat membantu. Sedikit sebanyak ada modul yang boleh diterapkan untuk remaja-remaja seusia mereka ini. Makan bertalam, suapan pertama, ketepatan masa, gerak kerja berkumpulan, patuh kepada kepimpinan adalah antara elemen-elemen yang diterapkan. Mudah-mudahan ada terpalit kesan yang baik kepada mereka. Di sini diuploadkan beberapa gambar yang sempat di'snap' semasa program. Maaf akhi Aqil sebab lama sangat tak update blog. Wallahua'lam...








No comments: