06 November 2010

Pernah Lihat Empangan?

Assalamu'alaikum w.b.t. kepada semua...

Lama rasanya tidak meng'update' blog ini. Dah bersawang dah gamaknya. Nama pun Laman Sesawang (website). Sejak daripada 1 Syawal, baru hari ini tergerak hati nak menulis sedikit walaupun sudah diketahui bahawa tak ramai yang akan membacanya. Syok sendiri je ni...

Banyak ilmu dan pengalaman yang penulis perolehi sejak mula bertugas sebagai Pegawai Tadbir & Diplomatik M41 (Kontrak) walaupun kadang-kadang terasa nak tukar keje lain jer...Tapi kena bersyukur dengan apa yang ada. Orang lain berhempas pulas mencari kerja.Yang sini sibuk nak benti kerja. (semoga Allah beri kekuatan)

Baru-baru ini penulis dihantar oleh Jabatan.... (nama jabatan dirahsiakan) mewakili negeri ke satu bengkel. Mudah faham, bengkel untuk merangka pelan kecemasan sekiranya berlaku "kegagalan empangan berfungsi"(kome tafsir la sendiri term kegagalan tu. Ni ayat diplomasi dari seorang PTD..huargh3). Bengkel diadakan di sebuah kondo peranginan di Port Dickson. Makan, penginapan dan lain-lain memang tip top (jangan marah aaa). Berbengkel sambil melancong..=).Tapi biasanya orang yang dah berpengalamanlah yang sepatutnya berbengkel. Orang baru sepatutnya banyak pergi seminar untuk dapat input dulu. Maka, penulis mengambil pendekatan untuk banyak mendengar daripada berkata-kata. (maka katakanlah yang baik @ berdiam diri-hadith)

Berbalik kepada tajuk. Bila pergi bengkel ni, baru penulis tahu yang Perak adalah antara negeri yang paling banyak empangan (rasanya yang paling banyak). Ada 4 bijik yeop! Semua tu ada di sepanjang Sg Perak.(sg ke-2 terbesar di semenanjung). Semuanya dibina secara berlapis. Bermula dengan Empangan Temengor (kalau tidak silap). Daripada empangan besar hinggalah yang kecil (diukur dengan mm padu air).

Jadi, dalam kesibukan pelbagai agensi yang ada untuk merangka pelan kecemasan masing-masing, penulis sendiri terpikir. Kalau ditakdirkan oleh Allah berlaku sesuatu pada empangan-empangan tu, adakah kita sempat untuk menyelamatkan diri berdasarkan pelan yang telah kita rangka. Bayangkanlah bagaimana kelajuan dan kekuatan air yang akan datang. Cukuplah video tsunami klik sini tempoh hari. Tak cukup kaki nak lari yeop! Sepanjang bengkel, rasanya tidak ada seorang pun peserta yang berkata "walaupun kita dah rangka sebaik mungkin, tapi kalau Allah kata jadi, maka jadilah" ataupun ayat yang sama waktu dengannya. Mungkin ada tapi penulis yang tidak perasan (harap-harap ada).

Justeru, kita sibuk membuat persediaan untuk menghadapi semua bencana ini, tetapi sudahkah kita membuat persediaan menghadapi mati? Tidak salah membuat persediaan, tetapi jangan sampai kita lupa membuat persediaan untuk menghadap Allah di akhirat nanti. Malapetaka di dunia hanya berhenti di situ. Malapetaka selepas matilah yang harus difikirnya kedahsyatannya...Wallahua'lam...

Jumpa lagi. Entah berapa bulan dari sekarang...Bekerja Kerana Allah!


1 comment:

Azizi Ya Habib said...

interesting, sy tgh mmbuat kajian mengenai pemeriksaan dan pemantauan empangan di Malaysia. tu la cam ne yerk kalau ditakdirkan Allah akan malapetaka ni, sungguh pun pelbagai langkah keselamatan kita dah ambil :)